Friday 12 August 2011

The Secret & My Wish List


The Secret

Pernah tak baca buku yang bertajuk 'The Secret'? Tulisan Rhonda Byrne. Buku ini buku 'favourite' saya, ia tentang 'LAW OF ATTRACTION' - diibaratkan diri kita ini sebagai 'magnet' hidup yang menarik semua unsur-unsur di segenap alam semesta hanya dengan melalui pemikiran dan perlakuan seseorang individu. Fikir positif hasilnya positif, jadi jangan susahkan diri dengan berfikiran negatif. Tiba-tiba teringat pulak lagu 'Fikirkan Boleh'.


Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh!

Cukup kot 2 rangkap..(harap sampai mesej). 

Secara ringkasnya, buku ini menekankan 2 proses; 'Gratitude' dan 'Visualization'.

'Gratitude' dalam Bahasa Melayu artinya bersyukur.... Dengan menjadi insan yang tahu bersyukur, akan meningkatkan lagi frekuansi tarikan magnet diri kita kepada benda-benda atau perkara yang diinginkan, yang mana impian itu menjadi kenyataan akhirnya. Sebenarnya dalam Islam pun selalu mengingatkan umatnya bersyukur, hamba yang bersyukur Allah S.W.T akan membuka pintu rezeki buatnya seperti firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7


Bermaksud : Dan (ingatlah) ketikaTuhanmu memaklumkan,Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah(nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.
'Visualization' = mewujudkan gambaran mental, saya cari maksudnya dalam kamus Oxford Fajar saya yang tebal. Dengan menggambarkan impian tersebut kata si Rhonda lagi, membantu kita untuk memfokuskan minda kita supaya dapat menghantar mesej yang jelas kepada alam semesta untuk direalisasikan hasrat hati kita.
Antara teknik yang boleh digunakan dalam proses 'Visualization' untuk mencapai impian kita ialah menyenaraikan semua keinginan kita ataupun 'Wish List'.

Lepas tu, sila mula berangan sambil bulatkan tekad dan berusaha untuk dapatkan semua yang diimpikan. Berangan saja tak dapek la..jadi Mat Jenin boleh kot.. ('Part' ni saya reka cipta sendiri, rasa takde dalam buku tu..hiiii)
Dengan itu, maka terhasillah 'Wish List' saya seperti di bawah ini. Saya letak gambar, senang sikit saya nak mewujudkan gambaran mental disebabkan fikiran dipenuhi dengan gambaran-gambaran bukannya perkataan.

1.   Premium Beautiful Foundation Lingerie

2.   Tanita Bc-533 Innerscan Body Composition Monitor

3.   MyHome Sauna

4.   Slimming Centre - London Weight Management
 
 
5.   My Mini Home Gym
Dalam gym saya tu kan, ada... 
  • Treadmill Reebok Rbk-T885
  • Flat Screen TV for Video Exercise
  • DVD Jillian Michaels
  • Yoga Mat
  • Kettlebell
  • Step
  • Dumbbell
  • Jump Rope
  • Medicine Ball
  • Ipod

Abang Kevin, saya pinjam gambar ye.. :p

Psst..'wish' saya yang pertama hampir termakbul tak lama lagi. Sukanya! :)



XOXO,
Che Nur Wannabeslim

Wednesday 10 August 2011

Find Your Slim

Untuk menjadi kurus, ada banyak cara. Setiap orang pun ada kaedah masing-masing. Kita boleh cuba bermacam-macam cara, tapi kita perlu tahu cara mana yang paling berkesan dan bersesuaian dengan diri kita. Learning to listen to your body. Fahami diri sendiri, itu adalah perkara paling asas dalam proses menurunkan berat badan kita.

Cara yang lebih tradisional ialah mengamalkan pemakanan atau diet yang sihat dan juga bersenam secara konsisten. Consistency is key. Bukan untuk sebulan dua, tapi jadikan ia 'lifestyle' selama yang mungkin. Kalau boleh seumur hidup.

Ada pro & cons untuk method ini. Baiknya, ia rendah risiko, jimat, dan berat badan yang turun susah naik semula. Yang tak berapa best dengan cara ortodoks ini ia mengambil masa yang agak lama. Dalam situasi saya, macam saya ceritakan dalam entri yang lepas, saya ambil masa lebih dari 10 tahun baru mencapai berat ideal yang bersesuaian dengan BMI (Body Mass Index) saya. Part lama bebenor tu memang tak best.

Tapi bagi yang kurang sabar, ada banyak duit dan sanggup mengambil risiko lebih sikit dari 'carakunosemuaorangtahu' seperti di atas, anda boleh cuba pelbagai jenis produk diet dan rawatan pelansingan badan yang ada di pasaran. Cara ini memang cepat dan pantas. Janji mau ada duit aaa. Tapi ingat! jangan main hantam saja coba-coba produk dan rawatan tanpa selidik dulu. Pastikan keselamatan produk atau rawatan tu dijamin dan diiktiraf selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kang tak pasal-pasal masuk hospital, naiyaa!

Tapi! tapi lagi..tahukah anda saya bercita-cita nak mencuba semua jenis, cara, method atau kaedah yang ada di petala langit dan bumi ini bagi melansingkan badan saya yang tidak cukup ketinggian ini? Walaubagaimanapun syaratnya ia mesti selamat digunakan dan dijamin halal. Nanti saya nak senaraikan semua 'To do list' tu dalam entri yang akan datang. Saya akan lalui dan hayati proses itu bersama anda. Ianya mungkin ambil masa bertahun-tahun. Mungkin juga seumur hidup saya :p

P/S: Owh..bagi anda yang berkemampuan boleh cuba pakaian dalam yang mahal tu..dengar-dengar ramai yang cakap ia berkesan. Saya pun agak berminat nak mencuba..hehehe


XOXO,
Che Nur Wannabeslim

Dulu & Sekarang

Semalam berjanji, hari ini saya tunaikan.
Di bawah adalah gambar saya sebelum dan selepas saya berdiet.



Nampak perbezaan tak?
Kedua-dua gambar diambil semasa konvokesyen diploma dan degree saya.
Yang di sebelah kiri tu mak aii..kembang semangkuk ala-ala doraemon..sebelah kanan tu much more better..nampak la macam orang sikit..

Gambar lagi tapi versi close-up. So boleh bandingkan sebelum dan selepas.. 


SEBELUM


SELEPAS

Erm..saya rasa saya nampak lebih muda dan ceria waktu konvokesyen degree saya..ke saya je yang perasan... :p


XOXO,
Che Nur Wannabeslim♥

Tuesday 9 August 2011

Pentingnya blog ini..

Entri yang lepas saya ada menulis blog ini penting bagi saya. Apa laa yang penting sangat agaknya tu?

Penting la bagi saya, sebabnya suatu ketika dahulu, saya seorang yang gemuk. Saya telah berdiet lebih dari 10 tahun tahu. Dari berat 65kilogram menjadi 48kilogram. Ramai yang bertanya terutamanya kawan-kawan lama, macam mana saya boleh menjadi kurus. (tidak la kurus mana punnnn..tapi kalau berbanding dulu memang kecil sikit la badan saya sekarang ni). 

Jadi, dengan blog ni saya boleh bercerita. Bukan saja cerita 10tahun lepas yang sudah menjadi sejarah tapi juga 'daily updates' saya. Kalau ada yang tanya nanti, saya akan jawab, nak cerita,erm...panjang laa, awak bacalah blog saya..ngeeee..

Saya memang suka nak berkongsi dengan sahabat-sahabat perjuangan saya dan juga rakan-rakan yang berminat, kita boleh tukar-tukar cerita, idea dan 'inspired' satu sama lain untuk menjadi KURUS DAN SIHAT! Saya suka!

Lagi satu sebab, saya perlu dokumentasi setiap momen yang saya lalui dalam proses menjadi kurus dan sihat, supaya saya boleh baca semula dan ingatkan diri saya untuk terus kurus sampai bila-bila..harap-harap la...(potensi untuk menjadi gemuk semula sangat tinggi kerana genetik keluarga yang ada dalam diri saya..tapi itu tidak melemahkan semangat saya, genetik cuma satu kemungkinan..kita boleh mengubahnya..hiii..ayat poyo lagi..)

Okay, cukup untuk hari ini. Entri yang seterusnya saya akan bercerita melalui gambar. A picture is worth a thousand words..jeng jeng jeng..

P/S: Owh..saya merasa teruja seorang diri lagi..rasa semangat yang membuak-buak! :P 

XOXO,
Che Nur Wannabeslim♥


Monday 8 August 2011

Salam semua!

Saya blogger baru. Blog ini cuma tentang 'Weight Loss & Diet Journal'. Tiada yang luar biasa tapi penting bagi saya.

Saya akan menulis, bercerita, dan 'bergebang' tentang segala tips, info dan rahsia yang ada di dunia ini untuk kurus dengan sihat. (nampak tak ayat tu 'diboldkan'? ayat itu agak propa tapi ingat ye point yang penting di situ - ialah kurus dengan sihat, itu matlamat saya okay, jangan lupa tau.)

Saya teruja seorang diri.
Pertama, kerana dengan entry ini, secara  rasminya saya adalah seorang blogger.
Kedua, blog ini saya 'dedicated' khas untuk my diet buddy..(hampa tau sapa hampa)..

Kepada yang sudi membaca, terima kasih! Please check out this blog to keep up with me — kalau sudilah...so kita boleh jadi kurus+sihat=cantik bersama-sama..hohoho 

XOXO,
Che Nur Wannabeslim♥