Wednesday 10 August 2011

Find Your Slim

Untuk menjadi kurus, ada banyak cara. Setiap orang pun ada kaedah masing-masing. Kita boleh cuba bermacam-macam cara, tapi kita perlu tahu cara mana yang paling berkesan dan bersesuaian dengan diri kita. Learning to listen to your body. Fahami diri sendiri, itu adalah perkara paling asas dalam proses menurunkan berat badan kita.

Cara yang lebih tradisional ialah mengamalkan pemakanan atau diet yang sihat dan juga bersenam secara konsisten. Consistency is key. Bukan untuk sebulan dua, tapi jadikan ia 'lifestyle' selama yang mungkin. Kalau boleh seumur hidup.

Ada pro & cons untuk method ini. Baiknya, ia rendah risiko, jimat, dan berat badan yang turun susah naik semula. Yang tak berapa best dengan cara ortodoks ini ia mengambil masa yang agak lama. Dalam situasi saya, macam saya ceritakan dalam entri yang lepas, saya ambil masa lebih dari 10 tahun baru mencapai berat ideal yang bersesuaian dengan BMI (Body Mass Index) saya. Part lama bebenor tu memang tak best.

Tapi bagi yang kurang sabar, ada banyak duit dan sanggup mengambil risiko lebih sikit dari 'carakunosemuaorangtahu' seperti di atas, anda boleh cuba pelbagai jenis produk diet dan rawatan pelansingan badan yang ada di pasaran. Cara ini memang cepat dan pantas. Janji mau ada duit aaa. Tapi ingat! jangan main hantam saja coba-coba produk dan rawatan tanpa selidik dulu. Pastikan keselamatan produk atau rawatan tu dijamin dan diiktiraf selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kang tak pasal-pasal masuk hospital, naiyaa!

Tapi! tapi lagi..tahukah anda saya bercita-cita nak mencuba semua jenis, cara, method atau kaedah yang ada di petala langit dan bumi ini bagi melansingkan badan saya yang tidak cukup ketinggian ini? Walaubagaimanapun syaratnya ia mesti selamat digunakan dan dijamin halal. Nanti saya nak senaraikan semua 'To do list' tu dalam entri yang akan datang. Saya akan lalui dan hayati proses itu bersama anda. Ianya mungkin ambil masa bertahun-tahun. Mungkin juga seumur hidup saya :p

P/S: Owh..bagi anda yang berkemampuan boleh cuba pakaian dalam yang mahal tu..dengar-dengar ramai yang cakap ia berkesan. Saya pun agak berminat nak mencuba..hehehe


XOXO,
Che Nur Wannabeslim

No comments: