Tuesday 9 August 2011

Pentingnya blog ini..

Entri yang lepas saya ada menulis blog ini penting bagi saya. Apa laa yang penting sangat agaknya tu?

Penting la bagi saya, sebabnya suatu ketika dahulu, saya seorang yang gemuk. Saya telah berdiet lebih dari 10 tahun tahu. Dari berat 65kilogram menjadi 48kilogram. Ramai yang bertanya terutamanya kawan-kawan lama, macam mana saya boleh menjadi kurus. (tidak la kurus mana punnnn..tapi kalau berbanding dulu memang kecil sikit la badan saya sekarang ni). 

Jadi, dengan blog ni saya boleh bercerita. Bukan saja cerita 10tahun lepas yang sudah menjadi sejarah tapi juga 'daily updates' saya. Kalau ada yang tanya nanti, saya akan jawab, nak cerita,erm...panjang laa, awak bacalah blog saya..ngeeee..

Saya memang suka nak berkongsi dengan sahabat-sahabat perjuangan saya dan juga rakan-rakan yang berminat, kita boleh tukar-tukar cerita, idea dan 'inspired' satu sama lain untuk menjadi KURUS DAN SIHAT! Saya suka!

Lagi satu sebab, saya perlu dokumentasi setiap momen yang saya lalui dalam proses menjadi kurus dan sihat, supaya saya boleh baca semula dan ingatkan diri saya untuk terus kurus sampai bila-bila..harap-harap la...(potensi untuk menjadi gemuk semula sangat tinggi kerana genetik keluarga yang ada dalam diri saya..tapi itu tidak melemahkan semangat saya, genetik cuma satu kemungkinan..kita boleh mengubahnya..hiii..ayat poyo lagi..)

Okay, cukup untuk hari ini. Entri yang seterusnya saya akan bercerita melalui gambar. A picture is worth a thousand words..jeng jeng jeng..

P/S: Owh..saya merasa teruja seorang diri lagi..rasa semangat yang membuak-buak! :P 

XOXO,
Che Nur Wannabeslim♥


No comments: