Friday 12 August 2011

The Secret & My Wish List


The Secret

Pernah tak baca buku yang bertajuk 'The Secret'? Tulisan Rhonda Byrne. Buku ini buku 'favourite' saya, ia tentang 'LAW OF ATTRACTION' - diibaratkan diri kita ini sebagai 'magnet' hidup yang menarik semua unsur-unsur di segenap alam semesta hanya dengan melalui pemikiran dan perlakuan seseorang individu. Fikir positif hasilnya positif, jadi jangan susahkan diri dengan berfikiran negatif. Tiba-tiba teringat pulak lagu 'Fikirkan Boleh'.


Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh!

Cukup kot 2 rangkap..(harap sampai mesej). 

Secara ringkasnya, buku ini menekankan 2 proses; 'Gratitude' dan 'Visualization'.

'Gratitude' dalam Bahasa Melayu artinya bersyukur.... Dengan menjadi insan yang tahu bersyukur, akan meningkatkan lagi frekuansi tarikan magnet diri kita kepada benda-benda atau perkara yang diinginkan, yang mana impian itu menjadi kenyataan akhirnya. Sebenarnya dalam Islam pun selalu mengingatkan umatnya bersyukur, hamba yang bersyukur Allah S.W.T akan membuka pintu rezeki buatnya seperti firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7


Bermaksud : Dan (ingatlah) ketikaTuhanmu memaklumkan,Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah(nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.
'Visualization' = mewujudkan gambaran mental, saya cari maksudnya dalam kamus Oxford Fajar saya yang tebal. Dengan menggambarkan impian tersebut kata si Rhonda lagi, membantu kita untuk memfokuskan minda kita supaya dapat menghantar mesej yang jelas kepada alam semesta untuk direalisasikan hasrat hati kita.
Antara teknik yang boleh digunakan dalam proses 'Visualization' untuk mencapai impian kita ialah menyenaraikan semua keinginan kita ataupun 'Wish List'.

Lepas tu, sila mula berangan sambil bulatkan tekad dan berusaha untuk dapatkan semua yang diimpikan. Berangan saja tak dapek la..jadi Mat Jenin boleh kot.. ('Part' ni saya reka cipta sendiri, rasa takde dalam buku tu..hiiii)
Dengan itu, maka terhasillah 'Wish List' saya seperti di bawah ini. Saya letak gambar, senang sikit saya nak mewujudkan gambaran mental disebabkan fikiran dipenuhi dengan gambaran-gambaran bukannya perkataan.

1.   Premium Beautiful Foundation Lingerie

2.   Tanita Bc-533 Innerscan Body Composition Monitor

3.   MyHome Sauna

4.   Slimming Centre - London Weight Management
 
 
5.   My Mini Home Gym
Dalam gym saya tu kan, ada... 
  • Treadmill Reebok Rbk-T885
  • Flat Screen TV for Video Exercise
  • DVD Jillian Michaels
  • Yoga Mat
  • Kettlebell
  • Step
  • Dumbbell
  • Jump Rope
  • Medicine Ball
  • Ipod

Abang Kevin, saya pinjam gambar ye.. :p

Psst..'wish' saya yang pertama hampir termakbul tak lama lagi. Sukanya! :)



XOXO,
Che Nur Wannabeslim

4 comments:

fRom MiSs to mRs said...

dah kecik pon nak slim lagi..sunggohla tak bersyukur..*ayat jeles* ahaks..
p/s:of coz la u know me,we've met last 2 weeks@sunway ;p

azlan said...

hai....

Azlan said...

I still keep this book

Cikrosecute said...

datang singgah dan follow sini..